Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Pesiaran Palma
Tempat Kerja
28 Januari 2022
22 Januari 2022
24
Papar
Penampang, Papar, Tuaran
Kluster Pesiaran Palma - Papar, Penampang, Tuaran dikategorikan sebagai
kluster tempat kerja. Kluster ini terjadi di daerah Papar namun turut melibatkan kes
yang tinggal di daerah Tuaran dan Penampang. Kes indeks juga wanita, 38,
pekerja di bahagian Pentadbiran PGA Kem Kinarut Papar yang mula bergejala
sejak 22 Januari 2022 dan dikesan positif hasil saringan bergejala di Pejabat
Kesihatan Papar. Saringan terhadap kontak sekerja dan ahli keluarga mendapati
sebanyak 24 lagi kes positif dengan enam (6) kes baharu yang dilaporkan pada
hari ini. Penularan jangkitan disyaki berpunca daripada sambutan majlis hari jadi di
pejabat berkenaan pada 17 Januari 2022. Semua kes telah di asingkan dan diberi
rawatan yang sesuai.